Bismillahirrahmanirrahim. Salam pembuka bicara. Pertama dan selamanya marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang tidak putus-putus memberikan nikmat kepada kita. Alhamdulillah. Hari ini sudah 3 hari umat Islam menyambut Aidilfitri. Maknanya kita baru sahaja meninggalkan bulan ramadhan iaitu bulan yang penuh barakah. Ramadhan umpama madrasah tarbiyah yang dihadiahkan oleh Allah untuk mendidik jiwa dari godaan hawa nafsu yang tidak penah putus-putus mendesak kita melakukan kejahatan. Persoalannya disini adakah ramadhan benar-benar mengubah diri kita??
Bukanlah niat dihati untuk menunjuk-nunjuk, tetapi hanya ingin berkongsi apa target yang saya perlu capai sepanjang bulan ramadhan yang lalu. Saya telah membuat satu jadual iaitu namanya ‘Check list Ramadhan’. Tujuannya untuk mendidik diri ini supaya istiqamah dengan amalan-amalan sunat harian. Apabila ada jadual ini, sekurang-kurangnya saya nampak apa amalan-amalan yang saya susah sangat nak istiqamah. Syukur walaupun tidak mampu melakukan semuanya, sekurang-kurangya saya mampu beristiqamah sesetengah amalan.
Begitu banyak pengalaman indah yang berlaku pada ramadhan yang lepas. Antaranya ialah buat pertama kalinya diri ini berqiamullail di masjid. Pengalaman itu merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Kami berempat tidur di masjid dan bangun berqiamullail pada pukul 3.30am. Sebaik sahaja pulang ke kolej, saya terus demam dan selesema. Mungkin kerana aircond masjid terlampau sejuk menyebabkan saya tidak tahan. Tapi tidak mengapa, mungkin itu sebagai kifarah dosa saya.
Selain itu, saya ada juga berbuka dimasjid buat beberapa kali. Dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah saya hanya berbuka dengan nasi sahaja memandangkan lauk telah habis. Memang bulan puasa begitu banyak menguji saya tapi Alhamdulillah saya tidak pula berasa sedih atau terkilan.
Apa yang saya nak tekankan disini adalah bulan ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Sebelum ini pada bulan ramadhan setiap waktu selepas solat saya akan membaca al-quran. Saya akan melakukan solat sunat qobliah dan ba’diah tapi sekarang bagaimana?? Adakah saya mampu beristiqamah sepertimana di bulan ramadhan. Mujahadah itu sangat penting. Saya teringat pada satu kata-kata ini..
'Jika kita beribadah kerana Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Jika kita beribadah kerana Allah, Allah itu Maha Agung dan kekal tanpa berpenghujung. Maka teruskanlah kehebatan anda beribadah kerana Allah'
Ayat ini begitu terkesan dihati saya. Moga saya dan sahabat-sahabat semua dapat terus istiqamah beramal kerana Allah.
P/s : dah lame btul x menulis..saje nak try balik..=))